Politik Hasan Mohamed Ali

Beliau pernah menjadi ADUN Sungai Burong, Selangor dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Negeri Perak dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 sebelum kalah kedua-dua kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004.[perlu rujukan]

Pada 2008, beliau memenangi kerusi DUN Gombak Setia, Selangor. Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden PAS, Ketua Pesuruhjaya Pas Selangor dan dan bekas Ketua Pembangkang di DUN Selangor (1999-2004).[perlu rujukan]

Dipecat daripada PAS

Pada 8 Januari 2012, mesyuarat lembaga induk PAS Pusat telah memecat keahlian Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuat kuasa serta merta mengikut Fasal 82(9).[3][4]

Berikut ialah kenyataan Media Presiden PAS:[perlu rujukan]

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini (8 Januari 2012), PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Sebelum itu, beliau telah menerima surat tunjuk sebab hasil keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009 yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan.[perlu rujukan]

Hal ini kerana terdapat beberapa kenyataan pemimpin PAS Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri, diungkit semula baru. Keputusan ini mengejutkan Dr Hasan.[5]

Dr Hasan sebelum ini mendakwa bahawa konsep negara berkebajikan yang dipilih oleh kepimpinan PAS telah lari daripada konsep perjuangan asal. Selain itu, beliau juga telah mempersoalkan tindakan PAS Selangor mengarahkan anggota-anggota PAS menyertai perhimpunan untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat tetapi tidak membenarkan anggota-anggota PAS untuk menyertai perhimpunan anti-murtad tahun lepas.[6]

Rujukan

WikiPedia: Hasan Mohamed Ali http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... //scholar.google.com/scholar?q=%22Hasan+Mohamed+Al... //www.google.com/search?&q=%22Hasan+Mohamed+Ali%22... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Hasan... //www.google.com/search?q=%22Hasan+Mohamed+Ali%22&... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Hasan+Moham... http://malaysiakini.com/news/186936 http://malaysiakini.com/news/187331 http://malaysiakini.com/news/187573 http://www.malaysiakini.com/news/117062